Friday, July 9, 2010

Beriani Utara vs Beriani Selatan

Salam n diharap sahabat2 ku sekelian bergembira selalu adanye. Sblm ni aku dh citer psl bercuti, diri aku, dan lagu blues. Hari ni gua nk citer psl makanan plak. Sblm ni kita selalu dgr korea utara n korea selatankan? Haa.. hr ni cheq nk bg hangpa dengaq pasai beriani utara n beriani selatan pulak (await jari ni tiba2 taip slang utara ni).

Skang ni meh kita berkenal-kenalan dgn beriani selatan. Beriani selatan yang paling masyuk yg pernah aku rasa adalah beriani gam (nasi dia ade banyak kaler + kismis + kacang gajus). Rasa dia mmg lain sangat2 dgn beriani utara tp mcm biasa la, lauk utk nasi beriani gam ni samada Beriani Gam Ayam, Daging, Kambing, Puyuh, dan Rusa. Selain itu jugak, Telur Pindang adelah accessories tambahan kpd nasi beriani gam. Setakat ni, Telur Pindang ni aku penah jumpa kat area selatan je. Tempat lain tak pernah tgk lg. Cara hidangan dia pulak, lauk td akan disembunyikan di bawah nasi + jelatah timun dan nenas + kuah dalcha. Papadom dan acar buah jgn dilupakan sama sekali. Harga nasi beriani gam ni dari rm7++ untuk satu hidangan. Antara kedai yang biasa aku pegi kalo nak pekena nasi ni adalah di Batu Pahat (Beriani Power Batu Pahat), n Taman Universiti, Skudai (Shahab).

Kedai2 ni bukak smpi pukul 7 mlm aje.

Lain pulak ceritanya nasi beriani utara ni. Kedai feveret aku semestinya Thajuddin Hussein dan Hamidiyyah (selalunya aku pegi Thajuddin Hussein). Kedua2 kedai ni terletak tak jauh dari Masjid Kapitan Keling, Penang. Nasi beriani kat sini mmg best giler2. Nasi ni mmg superb dan rasa dia pedas sikit. Sepinggan nasi tu blh mkn utk 2 org (byk giler smpi mengantuk lps mkn). Yang spesel dia adalah menu yang dihidangkan antaranya Ayam Ros/Piru/Goreng (tempat lain xde masakan ni) dan mcm2 lagi, Sotong Kari/Goreng, Daging Lembu, Daging Kambing dan macam lagi. Cara hidangannye pulak, nasi dan lauk2 akan dihidangkan secara berasingan (mcm mkn kat rumah). Biasanya kalo aku mkn, aku akan order Nasi Beriani + Ayam Ros + Sotong Kari + Papadom + Limau Ais. Perghh... kalo pilih menu ni, smpi meleleh air liur wa cakap lu. Kalo nk mkn, kene dtg waktu lunch hour atau selewat-lewatnya waktu petang. Kalo tak, gigit jari la jawabnye. Harga hidangan pulak bermula dari RM7++ untuk satu set.


Antara kedua2 nasi beriani ni, aku lebih prefer nasi beriani utara tp kedua2 nasi beriani mmg sedap ok. Kat sini aku attach skali peta (rujuk tulisan merah) nk pegi ke kedai2 nasi beriani yang aku taip di atas.

Ok sahabat2ku sekalian, alang2 smpi kat kawasan kat peta ni, jgn lupa singgah. Rugi tak try tau. Nyummm..... nyummm...

p/s - Sorry geng, gmbr utk nasi beriani utara xde la. nnt aku upload gmbr tu once aku pegi Penang ok dan aku baru je pekena nasi beriani gam Shahab. Alhamdulillah....

credit to http://maps.google.com.my/ for the maps.

No comments:

Post a Comment