Tuesday, July 19, 2011

Setelah 6 Bulan

Salam...

Lama dah x bukak blog ni. Terlalu asyik dgn laman sosial yg lain.. Kalau 6 bln yg lalu aku seorang stdnt, kini aku seorg pensyarah kontrak. Kalau dahulu aku tinggal di bandar yg penuh dengan hiruk pikuk, kini aku tinggal di bandar yg blh di katakan kampung. Kalau dahulu setiap malamnya aku habiskan masa di luar, kini rumah menjadi tempat aku melepak. Kalau dahulu aku mempunyai ramai rakan-rakan untuk bersembang, kini aku banyak bercakap melalui laman sosial dan banyak lagi perubahan yang aku lalui. Hidup aku totally berubah 360 degree...

Mula-mula memang sukar menerima perubahan ini tp inilah kebiasaan yang akan dilalui oleh setiap insan. Kini sistem kitaran hidup aku makin boleh menerima kehidupan ini walaupun kenangan dan pengalaman hidup yang lama selalu menghantui diri. Dalam setahun yang akan mendatang, insyaALLAH perubahan hidup aku ni akan berulang lagi.

Oleh itu, walaupun apa yang akan, sedang dan telah hadapi, marilah kita harungi bersama2 dengan rela dan hati terbuka. Mungkin itu adalah yang terbaik untuk kita. InsyaALLAH....

Apa-apa pun all the best untuk semua dalam mengharungi kehidupan yang penuh cabaran ini. Sekian... Jumpa lagi.

p/s - kepada sesiapa yang tanya soalan tu kat shout box tu, mintak maaf byk2... jgn segan2 nk tny soalan lagi eh... :)

Sunday, January 16, 2011

Kini & Kenangan Lalu

Salam sahabat2ku sekalian. Sudah berkurun lamanya aku rasa tak post kat blog aku ni. Kekadang sampai satu tahap, aku terlupa yang aku ada blog sendiri.

Baru2 ni, dalam sedar tak sedar, aku telah menjadi insan yang sedikit pelupa. Aku pun tak tau kenapa boleh jadi macam. Banyak perkara yang aku terlupa. Moga2, penyakit pelupa aku ni tak berterusan...

InsyaALLAH selepas Gong Xi Fa Cai ini, aku akan memulakan tugas aku sebagai tenaga pengajar di Unimap selepas hampir 2 tahun aku kat UTM. Sedih pun ade sebab nak tinggalkan rakan2 baru dan kenangan2 kat UTM ni. Tapi apa nak buat, kehidupan mesti diteruskan jugak...

Sepanjang aku kat UTM ni, aku rasa banyak gak buat salah kat sahabat2ku semua. Almaklumlah, aku ni insan yang kudus, confirm tak terlepas dari membuat kesalahan dan selalu hidup dalam kealpaan. Kepada sahabat2ku yang berkenaan yang baca blog aku ni, di sini aku nak minta maaf bebanyak atas kesalahan aku sepanjang aku mengenali kalian. Halal makan minum dan segalanya yang aku pohon ok. Terima kasih banyak2... ;)

Pg tadi sedang aku membelek2 photo sahabat lama aku masa sekolah rendah, terjumpa plak aku gambar waktu tahun 1, tahun 2 dan tahun 6. Gelihati pun ada tengok gambar tu. Bila tengok gambar tu, baru aku perasan banyak perubahan hidup yang telah aku alami. Teringat balik cikgu2 lama dan cikgu2 pelatih. Terima kasih kat cikgu2 semua. Kat sini aku upload gambar aku waktu dulu. Credit to Norshamida dan Seruan pasal upload gmbr tu ye. Thanks a lot....

Terima kasih sahabat2ku semua sebab sudi baca ngomelan aku. InsyaALLAH berjumpa lagi kita di masa lain jikalau diizinkan oleh-Nya.


Sunday, August 8, 2010

Ramadhan dan Param

Salam dan apa khabar sahabat2 ku semua? Hampir 2 minggu kita tidak bertemu. Aku pasti dalam waktu ini, pelbagai perkara yg sahabat2ku semua telah alami.

Alhamdulillah, tggl 2 hari je lagi waktu utk melihat anak bulan dan insyaALLAH kalau anak bulan kelihatan, itu bermaksud, lagi 3 hari aje bermulanya bulan Ramadhan al-Mubarak. Semoga bulan Ramadhan tahun ini menjadi bulan yg lbh baik dari Ramadhan yg lps2. Amin.

Baru2 ni aku ade jugak meninjau ke shopping complex yg berdekatan dgn UTM ni. Sana sini sale Ramadhan telah pun bermula. Di tepi2 jalan juga kelihatan iklan2 berbuka puasa secara buffet, tak lupa jugak penjualan tapak2 gerai di Pasar Ramadhan (Param). Kiranya bulan Ramadhan ni merupakan lubuk rezki kepada peniaga2 terutamanya kepada org2 Melayu dan secara tak langsung merupakan bulan pembaziran kepada pembeli2 sekiranya tak merancang perbelanjaan dgn sebaik2nya. Aku pun dh BERTEKAD pd bln Ramadhan tahun ni, aku akan memastikan pembaziran tak berlaku seperti tahun2 lps. Moh le kita sama2 mengelakkan pembaziran eh.

Pada bulan lps, harga minyak telah naikkan? Aku nk tgk, adakah kesan kenaikan minyak ni memberi kesan jugak kpd harga makanan kat Param ni. Bende ni aku mmg tak sbr2 nk pantau sbb aku ni mmg pelanggan setia Param. Sebab ape, kadang2 jika aku beli makanan, harga yg dikenakan mmg sesuai, tetapi rasa pulak kurang memuaskan. Oleh itu kepada para peniaga2 sekalian, berniagalah dgn ikhlas dan jgnlah nk mengaut keuntungan semata2 sbb yg penting adalah keberkatan rezki yg kita peroleh itu.

Baiklah sahabat2ku semua, semoga aku dan sekalian selamat mempertingkatkan ibadah kerana ALLAH swt pada bulan Ramadhan tahun ini. InsyaALLAH dengan limpah kurnia-Nya kita akan memperoleh sesuatu yg amat dan lebih bermakna. Amin...

P/s - Jgn lupa baca niat puasa dan berpuasa ok.

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK ikhlas dari aku untuk semua.

Saturday, July 24, 2010

Kelas, Aktiviti Sukan, Kehidupan

Salam dan semoga sahabat2ku semua sentiasa mendapat keberkatan daripada-Nya hendaknya. Sedar tak sedar, dah seminggu aku tak hantar sebarang post kat blog aku ni. Almaklumla, semester baru dah bermula. Kehidupan menjadi kembali sibuk dgn pelbagai aktiviti (kelas, sukan, enjoy n etc). Tak sempat nak post psl Universal Studio: Part 2. Nnt akan diusahakan mencari masa utk menaip psl bende ni.

Semester ni tinggal 3 subjek je lagi dan satu lagi projek sblm aku tamat master course ni. Assignment pun dh bersusun-susun. Dateline assignment2 ni pun dekat2 je. Lps tu pulak, kene buat presentation utk projek (bulan Oktober) dan taip thesis (hantar bulan November) pulak. Bunyinya mcm sibuk je kan tp kalo kita ade planning schedule yang baik, insyaALLAH, semua ni kita akan lalui dengan mudah. Harap2nye lah.

InsyaALLAH, bulan Febuari tahun depan, bermulalah career baru aku sebagai lecturer di UNIMAP. Itupun kalo semester ni aku lulus dgn jayanya. Tak tau la mcm mn nanti. Smlm ni, aku tak pernah lagi mengajar org secara formal. Sblm2 ni biasa buat group discussion je. Ok ke KO. Kene tggu dh kerja, baru tau mcm mn.

Seperti biasa, dlm waktu2 mcm ni (2 bulan sblm cuti sekolah), aku akan dijemput ke majlis perkahwinan rakan2. Setakat ni dh ade 2 jemputan aku dh dpt. Rasa2nya, kedua2 majls ni akan aku pergi. Jadik, membe2 yang bujang makin berkurang dan aku adalah slh sorg drpdnye. Tak tau la bila pulak turn aku nk menjemput sahabat2 semua ke majlis aku. Hehe..

Ok la sahabat2ku semua. Dh puas aku mengomel kat sini. Ntah ape2 le pulak aku rs bende yg aku taip ni tp hentam sajelah. Diharap, sahabatku2 semua sentiasa ceria2 selalu ok. InsyaALLAH kita bertemu dia lain waktu.

Salam....



Saturday, July 17, 2010

Harga Baru @ Penyelarasan Subsidi @ Harga Naik

Salam dan semoga sahabat2ku sekalian senyum2 sokmo walaupun semalam kita menerima berita yang sudah dijangka dgn kenaikan harga. Sbnrnya, dh lama aku tak baca blog2 yang berkaitan dengan politik sejak menjadi pelajar tapi sejak 2 hari lps, aku tertarik kembali nk baca blog2 ni dgn atas alasan "Penyelarasan Subsidi". Sudah lumrah manusia, aku pun penuh dgn rasa ingin tahu, kenapa harga2 di atas dinaikkan. Kalo baca akhbar/media arus perdana, semestinya berita2 ni berat sebelah. Jadi aku ambil keputusan uk memerah otak, memikirkan link2 blog yg biasanya menjadi pembacaan aku tentang politik suatu ketika dulu.

Hasil pencarian aku yg tidak begitu lama (mmg byk sgt artikel tentang kenaikan harga ni), ada 2 artikel yang sgt menarik minat aku dan artikel2 ni memang sesuai untuk dibaca dan direnungkan bersama. Kalo sahabat2ku berminat, klik la link2 di bawah ni. Bersama2 lah kita hayati isi kandungan artikel ni ok.

1.http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=6470
2. http://malaysiakini.com/news/137536

Baiklah sahabat2ku semua, hidup kini makin sukar dan penuh cabaran. Semoga kita sentiasa dirahmati oleh-NYA dan buatlah yang terbaik untuk diri anda.

Salam......

Wednesday, July 14, 2010

Universal Studio, Singapore: Part 1

Salam dan hati riang gembira selalu hendaknya. Hari ni aku nk berkongsikan pengalaman dan cara2 aku bercuti di Singapore. Destinasi yg menjadi pilihan aku kat Singapore tu tak lain tak bukan ialah Universal Studio yang terletak di Sentosa Island. Post kali ni, aku akan ceritakan bgmn nk pegi ke Universal Studio dan pulang ke Johor. Post yang akan dtg, InsyaALLAH, aku akan cerita pulak apa yang ada dlm Universal Studio pulak. Kat sini aku akan sertakan 2 cara mcm mn nk pegi ke situ.

Apa yang perlu ada sblm memulakan perjalanan: Duit yang cukup (dlm SGD), Passport (sdh semestinya), pen dan last skali kene tau mcm mn nk pegi ke Universal Studio (blh dpt info ni kalo baca post ni..). Dh ade keempat2 bende ni, mmg dh blh la pegi.

Perjalanan aku pun bermula. Aku biasanya akan bergerak dari UTM, Skudai menaiki kereta dan akan parking kat Persada Johor. Caj yg dikenakan hanya RM12 je sehari (murah). Kalo naik bas, aku turun je kat City Square (CS), Johor dan berjalan terus menuju ke Kompleks Imigresen Johor (terletak betul2 bertentangan dgn CS). Slps check passport, aku pun terus menuju ke hentian bas (ikut signboard) dlm Komplek Imigresen dan cari bas Causewaylink (warna kuning). Naik mana2 bas tu dan beritahu destinasi adalah Kranji. Tambang hanya RM0.90. Tiket td jgn sekali-kali dibuang ok.

Kemudian apbl aku dh smpi ke Kompleks Imigresen Singapore, aku turun bas dan pergi ke dlm Kompleks Imigresen Singapore. Aku isi borang terlebih dahulu. Kat sinilah kegunaan pen td (kat situ satu pen pun takde). Slps habis aje pemeriksaan dan sbgnya, aku terus je ke hentian bas dan cari bas Causewaylink (CW1). Sblm naik bas tu, kene tunjuk tiket yang kita dh beli tadi.

Bas td akan terus menuju ke Kranji (stesen MRT iaitu stesen keretapi). Apbl aku smpi kat Kranji, aku terus beli tiket keretapi (SGD3.20) dan pilih destinasi Harbourfront. Route keretapi dari Kranji ke Harbourfront blh dilihat di gambar sblh dgn lihat no 1, 2, dan 3 (font warna merah). Route tu blh pilih samada

1. (Kranji --> Dhoby Ghout (tukar train) --> Harbourfront)

atau

2. (Kranji --> Jurong East (tukar train) --> Dhoby Ghout (tukar train) --> Harbourfront)

Slps aku smpi di Harbourfront (VIVO City), aku cari signboard Sentosa Express dan apabila smpi ke kaunter Sentosa Express, aku terus beli tiket (SGD3.00) untuk masuk ke Sentosa Island yg blh dibeli di mesin kaunter. Slps tu, aku naik train ke Sentosa Island dan turun di hentian pertama dan akhirnya smpi di Universal Studio.

Skang ni aku nk cerita pulak mcm mn nk blk semula ke Johor. Pilih route seperti kat bawah.

1. (Sentosa Island --> Harbourfront --> Dhoby Ghout (tukar train) -->
Woodlands (rujuk font no 4 di dlm map).


Slps aku smpi ke Woodlands, aku turun train dan cari signboard ke hentian bas di Platform Berth 14. Aku naik bas SMRT bernombor 950 yang menuju ke Johor dgn harga tiket SGD1.40. Bas ni beroperasi dari jam 5.30 pagi smpi 11.30 mlm je.

Ha.. jgn lupa, tiket train td blh dipulangkan semula di mesin tiket dan boleh dpt balik duit deposit SGD1.00.

Kalau rasa mcm leceh je cara yang aku guna nk pegi Universal Studio ni, aku cdgkan korg semua guna cara lagi satu dgn layari website kat bawah ni dan click pada link "GETTING HERE" dan cari "Shuttle Service Schedule". Lagi senang, cepat dan mudah.

http://www.tunehotels.com/our-hotels/danga-bay-johor

Baiklah sahabat2 ku semua. Tunggu next post aku utk tahu ape yang menarik di dlm Universal Studio tu. Kalau nk tau tmpt2 menarik yang lain di Singapore, blh tgk blog membe aku ni.

http://www.pelesitor.blogspot.com

Sehingga bertemu lagi. Chow... Salam.

Saturday, July 10, 2010

Peristiwa Israk dan Mikraj (Hari ini - 27 Rejab)

1. Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A. S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

§ Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

§ Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

§ Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

§ Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

§ Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

§ Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
§ Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

§ Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

§ Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

§ Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

§ Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

§ Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

§ Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

i. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.

ii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S. iii. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.
iv. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

v. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

vi. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

vii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

viii. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

ix. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

5. Selepas Mikraj

Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Mafhum Firman Allah S. W. T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1). wallahua'lam..

p/s - artikel ini diambil dari http://www.faizalr.com. Terima kasih kepada beliau.