Friday, July 9, 2010

Beriani Utara vs Beriani Selatan

Salam n diharap sahabat2 ku sekelian bergembira selalu adanye. Sblm ni aku dh citer psl bercuti, diri aku, dan lagu blues. Hari ni gua nk citer psl makanan plak. Sblm ni kita selalu dgr korea utara n korea selatankan? Haa.. hr ni cheq nk bg hangpa dengaq pasai beriani utara n beriani selatan pulak (await jari ni tiba2 taip slang utara ni).

Skang ni meh kita berkenal-kenalan dgn beriani selatan. Beriani selatan yang paling masyuk yg pernah aku rasa adalah beriani gam (nasi dia ade banyak kaler + kismis + kacang gajus). Rasa dia mmg lain sangat2 dgn beriani utara tp mcm biasa la, lauk utk nasi beriani gam ni samada Beriani Gam Ayam, Daging, Kambing, Puyuh, dan Rusa. Selain itu jugak, Telur Pindang adelah accessories tambahan kpd nasi beriani gam. Setakat ni, Telur Pindang ni aku penah jumpa kat area selatan je. Tempat lain tak pernah tgk lg. Cara hidangan dia pulak, lauk td akan disembunyikan di bawah nasi + jelatah timun dan nenas + kuah dalcha. Papadom dan acar buah jgn dilupakan sama sekali. Harga nasi beriani gam ni dari rm7++ untuk satu hidangan. Antara kedai yang biasa aku pegi kalo nak pekena nasi ni adalah di Batu Pahat (Beriani Power Batu Pahat), n Taman Universiti, Skudai (Shahab).

Kedai2 ni bukak smpi pukul 7 mlm aje.

Lain pulak ceritanya nasi beriani utara ni. Kedai feveret aku semestinya Thajuddin Hussein dan Hamidiyyah (selalunya aku pegi Thajuddin Hussein). Kedua2 kedai ni terletak tak jauh dari Masjid Kapitan Keling, Penang. Nasi beriani kat sini mmg best giler2. Nasi ni mmg superb dan rasa dia pedas sikit. Sepinggan nasi tu blh mkn utk 2 org (byk giler smpi mengantuk lps mkn). Yang spesel dia adalah menu yang dihidangkan antaranya Ayam Ros/Piru/Goreng (tempat lain xde masakan ni) dan mcm2 lagi, Sotong Kari/Goreng, Daging Lembu, Daging Kambing dan macam lagi. Cara hidangannye pulak, nasi dan lauk2 akan dihidangkan secara berasingan (mcm mkn kat rumah). Biasanya kalo aku mkn, aku akan order Nasi Beriani + Ayam Ros + Sotong Kari + Papadom + Limau Ais. Perghh... kalo pilih menu ni, smpi meleleh air liur wa cakap lu. Kalo nk mkn, kene dtg waktu lunch hour atau selewat-lewatnya waktu petang. Kalo tak, gigit jari la jawabnye. Harga hidangan pulak bermula dari RM7++ untuk satu set.


Antara kedua2 nasi beriani ni, aku lebih prefer nasi beriani utara tp kedua2 nasi beriani mmg sedap ok. Kat sini aku attach skali peta (rujuk tulisan merah) nk pegi ke kedai2 nasi beriani yang aku taip di atas.

Ok sahabat2ku sekalian, alang2 smpi kat kawasan kat peta ni, jgn lupa singgah. Rugi tak try tau. Nyummm..... nyummm...

p/s - Sorry geng, gmbr utk nasi beriani utara xde la. nnt aku upload gmbr tu once aku pegi Penang ok dan aku baru je pekena nasi beriani gam Shahab. Alhamdulillah....

credit to http://maps.google.com.my/ for the maps.

Tuesday, July 6, 2010

What a Beautiful Song

Salam n ceria2 selalu sahabat2ku semua. Hari ni aku nak kongsi lagu yang aku rasa menarik untuk didengar. Jom kita tukar sikit mood bercuti ke suasana lagu jiwang skit. hehe..

First time lagu ni aku dgr kat radio REDfm (stesen radio feveret aku di kala malam hari). Syiok gak layan lagu ni sambil dgr lirik dia betul2. Lagu ni aku dedicate terutamanya kat sesiapa yang sudah berkahwin tp tak tggl serumah (sebab kerja tempat/negeri lain), kepada semua yg bercinta tp kekasih anda di kejauhan dan kepada semua sekali la.

Sekali sekala menjiwang kan diri anda ape salahnya kan? Enjoy the video tp jangan drunk ok...

Hehe...




Seperti biasa, credit given to www.youtube.com for this gorgeous video.

Saturday, July 3, 2010

Bercuti - Website manakah yang menjadi pilihan?

Salam n hai hai hai kepada sahabat2ku sekalian. Selalunya sebelum memulakan percutian, macam2 perkara yang perlu kita sediakan dulu seperti bilik, aktiviti, budget, dan macam2 lagi la. Jadi, hari ni, aku nak cerita sikit berkenaan website yang biasa aku rujuk sebelum memulakan percutian di Malaysia. Memang berguna website ni. Macam2 maklumat boleh dapat. No telefon, harga bilik, jenis bilik, lokasi chalet/hotel di serata Malaysia, dan no telefon awek receptionist yang cun tu pun blh dpt. Website ni memang boleh dipercayai, "mudah, cepat, dan betul" (dah refer utk pergi Langkawi sebelum ni).

Yang bestnya pasal website, kita boleh pilih jenis hotel/chalet apa yang menjadi idaman kalbu samada dari yang mahal sampai la yang paling murah. Jadi, kita boleh pergi ke destinasi pilihan tu dengan mengikut budget yang kita ada.

Lepas tu pulak, kat website tu ade sediakan listing aktiviti2 yang blh kita buat masa kita bercuti. Jadi, sebelum bercuti tu, kita dah jimat masa dengan merangka aktiviti yang akan kita lakukan (penting ni).

Kat website tu turut beri update tentang info aktiviti/festival yang sedang/bakal dijalankan (yang melibatkan aktiviti pelancongan) di seluruh negara.

Banyak lagi maklumat yang kita blh tgk kat website ni. Kalo nak taip, smpi esok pun tak habis. Jadi sahabat2ku sekalian, try check this website out for further info eh..

Ni dia link website tu - http://www.journeymalaysia.com/




Rujuk, jangan tak rujuk dan selamat bercuti.....

Wednesday, June 30, 2010

Gemerlipan Neon di I-City Shah Alam




Salam kepada sahabat2ku yang setia semua. Post kali ni nak cerita sedikit apa yang ada di I-City, Shah Alam.

Selalunya, kalau aku balik dari JB ke Perak, mesti nampak signboard ke I-City. Tak silap aku signboard tu antara Dengkil dan susur Klang (lebuhraya PLUS). Seperti biasa, aku buat tak tau sbb yang penting sampai ke rumah di Perak dan sehinggalah aku menjejak kaki kat I-City ni. Menarik rupanya.

Kat I-City ni, pengunjung disediakan dgn gemerlipan neon2 yang berwarna-warni yang menyerupai pelbagai bentuk haiwan dan pokok (cewahhh...). Kat situ jugak ade banyak gerai yang menjual barang2 mcm kat uptown. Selain itu jugak lagi, ade senamrobik untuk semua. Kira tempat ni sesuai la nk lpk2 bersama keluarga (blh berkelah), dan rakan2. Selain itu jugak.... dh takde selain itu jugak. :).
Bayaran masuk, just rm2. Bukan utk seorg, tapi untuk bayar parking kereta. Yang terakhir sekali, jangan datang waktu siang ok. Tak nmpk lampunya nanti.

Jgn lupa datang. Selamat ber"I-City" ok.

p/s - boleh layan world cup kat sini. big screen disediakan and enjoy the pictures.

Monday, June 28, 2010

2000 km Selama 3 Minggu


Salam kepada sahabat2 ku semua. Fuh... 3 minggu ni yg memenatkan. Dari Johor ke Perak ke Klang ke Melaka ke Klang ke Perak ke Klang dan akhir sekali sampai ke Johor semula (jauh jugak aku berjalan ye). Sedar tak sedar, aku dah drive 2000 km rupanye dlm ms 3 mggu n kesan dia, kene servis kereta le jawabnye. hehe...

Dlm ms 3 mggu ni, byk gak tempat2 menarik aku pergi (best gak bercuti kat Malaysia ni). Destinasi pertama ke I-City Shah Alam. Lps tu pegi Melaka pulak. Kemudian aku pegi ke Sunway Lagoon (first time pegi n tak sangka best Sunway Lagoon ni dan harga tiket dia berbaloi dengan aktiviti yg ade).

Dlm sibuk2 ni jugak sempat la aku lepak kat kampung selama seminggu. Skang ni cuaca kat kampung aku dh tak sama dulu. Kalo dulu, suhu dia sejuk, kini dh menjadi panas. Memang dah ketara sangat perubahan cuaca kat dunia ni. Oleh itu, "SAVE THE WORLD" ok.

Kat sini aku letak gambar bas yg biasa aku naik waktu pegi sekolah n pegi ke tempat2 lain waktu dulu. Gambar ni aku snap waktu cuti blk kampung haritu. Banyak sungguh kenangan aku dengan bas ni.

p/s - tak jadi pergi Pulau Pemanggil. Skang tengah ribut dan bot pulak lewat. huhu...

Monday, June 7, 2010

Kembali ke kampung halaman

Fuhh.. akhirnya sampai aku ke kg setelah 3 bln tak blk (bukan anak derhaka ok). Pelbagai planning tlh diatur sblm bermulanya semester baru yg akan dibuka pada 11 Julai dpn. Hujung mggu ni bercuti di A'Famosa Resort bersama family. Lama giler tak berkumpul sekali. Hujung bln ni pulak, insyaALLAH, memancing di Pulau Pemanggil, Mersing, Johor. Oleh itu rakan2 sekalian, gunakanlah waktu cuti anda dengan sebaik2nya ok. See u all soon dgn info ttg percutian di Melaka ok. Chowz... Mesra!!

Friday, June 4, 2010

Auld Lang Syne (Cover) NEW YEARS SONG

Thanks a lot to you all coz willing to add me as your YM friends and visiting my unfinished blog. terharu aku. sob2.. okay, seperti dijanjikan, lagu auld lang syne di keudarakan di blog aku sbg pengkahiranny hubungan aku dgn fb tp dgn anda, TIDAK sama sekali. so, enjoy it...!






credit to www.youtube.com for this video.